PU AZMAN DIPENJARA 24 TAHUN, DUA SEBATAN LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP REMAJA LELAKI
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas.
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias (tengah) atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas. –fotoBERNAMA
KLANG: Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas.
Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi Azman Syah, 43, pada akhir kes pembelaan.
“Selepas mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. OKT (Orang Kena Tuduh) didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan,” kata Noridah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan satu sebatan, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta memerintahkan hukuman berkenaan berjalan berasingan bermula hari ini.
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.
Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun 2022.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi diputuskan.
Semasa rayuan terhadap hukuman, Mohamad Zahid berkata pihaknya memohon hukuman penjara paling minimum dengan mengambil kira tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.
“Tertuduh seorang pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, antaranya beliau memberi motivasi dan kelas kuliah al-Quran serta memberi ajaran kepada anak muda khususnya untuk celik kepada al-Quran.
“Tertuduh anak bongsu daripada tujuh beradik dan beliau penyumbang utama dalam keluarga serta banyak membantu keluarga yang susah. Sekiranya mahkamah memberi hukuman penjara yang lama, ia akan memberi kesan kepada tertuduh dan keluarga,” kata peguam itu sambil menambah anak guamnya telah bercerai dan tidak mempunyai anak.
Mohamad Zahid berkata Azman Syah juga telah memberikan kerjasama baik kepada polis dan mahkamah sepanjang proses perbicaraan berlangsung.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad, memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan dan jelas hukuman bagi akta tersebut ialah maksimum 20 tahun penjara.
“Peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia terutama di Selangor, harus dibendung dengan cara memberi hukuman berat agar dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat umum.
“Perbuatan terkutuk ini harus diberhentikan serta-merta. Hukuman berat dapat memberikan mesej jelas dan nyata kepada masyarakat, agar tidak melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya.
Selain itu, Nurul ‘Izzati memohon agar mahkamah mengambil kira tertuduh pendakwah selebriti dan bekas juara Pencetus Ummah (PU) yang dihormati serta disegani dan hubungan antara tertuduh dengan mangsa bermula apabila tertuduh memberikan motivasi di sekolah termasuk sekolah mangsa.
“Mangsa hormat tertuduh sebagai pendakwah selebriti tetapi tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa. Sebagai orang yang lebih dewasa, tertuduh sepatutnya membimbing mangsa, bukannya memecah kepercayaan yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul ‘Izzati berkata pihaknya juga memohon supaya perintah kaunseling dan pengawasan diberikan kepada tertuduh.
Nurul ‘Izzati kemudian mengemukakan pernyataan impak mangsa kepada mahkamah sebelum ia dibacakan oleh jurubahasa.
Pernyataan tersebut antaranya menyatakan mangsa kini trauma berpanjangan dan mengalami kecederaan fizikal serta emosi selepas kejadian ‘hitam’ itu, selain hidupnya sudah berubah selama-lamanya dan sentiasa berada dalam ketakutan ketika berada dalam masyarakat serta keluarga juga malu untuk menyertai aktiviti komuniti setempat.
Azman Syah yang memakai kurta berwarna biru dengan ditemani seorang kakaknya, kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Turut hadir peguam Norhayati Johar dan Saphirra Selamat dari Jabatan Bantuan Guaman Selangor selaku pendamping guaman bagi mangsa.
Azman Syah turut berdepan sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager