Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS CEKUP SUAMI JADI DALANG UTAMA KES ROMPAK ISTERI

DALAM NEGARA

POLIS CEKUP SUAMI JADI DALANG UTAMA KES ROMPAK ISTERI

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas. 

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat melakukan rompakan terhadap isterinya. 

“Hasil soal siasat ke atas suspek yang ditahan mendapati suami mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan ini semata-mata bagi tuntutan insurans,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kes rompakan melibatkan seorang suri rumah berusia 42 tahun yang telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali serta memakai topeng dan bersenjatakan parang di kawasan perumahan Taman Hijau di Karak, Bentong pada 3.05 petang. 

Zaiham berkata suspek telah mengacukan parang dan menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta dan barang kemas wanita itu dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM16,000. 

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah kerana suami, ibu dan anaknya telah pergi ke rumah saudara mereka,” katanya sambil menambah operasi mengesan suspek telah menyaksikan polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berusia 24 tahun pada 9.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan. 

Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading