POLIS KL TUMPAS DUA SINDIKET EDAR DADAH BERNILAI RM3.8 JUTA
Dua sindiket pengedaran dadah tumpas dengan penahanan enam individu serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.8 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang minggu lepas.
KUALA LUMPUR: Dua sindiket pengedaran dadah tumpas dengan penahanan enam individu serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.8 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang minggu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata serbuan dijalankan di enam lokasi termasuk di Cheras, Ampang Jaya dan Jalan Imbi hasil risikan serta pemantauan sejak awal tahun ini.
“Dalam serbuan berkenaan tiga lelaki tempatan dan tiga wanita asing berusia antara 33 hingga 61 tahun ditahan. Kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai penjaga stor dan pengedar dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata antara dadah dirampas ialah 462.7 kilogram (kg) serbuk MDMA, 38.7kg bunga ganja, 32.78 gram (g) Ketamin, 195g pil Eramin 5, 52.81g pil ekstasi dengan keseluruhan rampasan bernilai RM3.8 juta yang dianggarkan untuk bekalan 1.72 juta penagih.
Menurut Fadil, sindiket pertama yang aktif sejak awal tahun ini ditumpaskan dalam serbuan pada 14 Okt di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Maluri, Cheras, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki serta rampasan 18.3kg serbuk MDMA.
“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek lelaki di Pandan Perdana, Ampang Jaya yang kemudian membawa polis ke sebuah rumah di kawasan sama dan berjaya menahan suspek wanita selain merampas pelbagai jenis dadah,” katanya.
Serbuan seterusnya di sebuah kondominium di Pandan Jaya yang membawa kepada penahanan dua lagi wanita warga asing serta penemuan pelbagai jenis dadah disembunyikan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, bagi sindiket kedua yang terlibat dalam pengedaran bunga ganja, seorang lelaki ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Imbi kira-kira 10.10 malam, 17 Okt lepas.
“Pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek berjaya menemukan beberapa bungkusan dipercayai bunga ganja seberat 38.7 kg,” katanya.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa kondominium mewah sebagai stor penyimpanan dadah dan menjalankan transaksi di tempat awam seperti pasar raya dan tempat letak kereta sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Fadil berkata ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah, namun dua daripada lelaki yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Kesemua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.