Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN KES BULI BERLAKU DI SEKOLAH MENENGAH DI KUALA KANGSAR

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN KES BULI BERLAKU DI SEKOLAH MENENGAH DI KUALA KANGSAR

Gambar Hiasan

IPOH: Polis mengesahkan berlakunya kes buli membabitkan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, seperti tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya menerima laporan pada 24 Sept lepas membabitkan seorang pelajar tingkatan empat yang dikatakan telah dipukul oleh pelajar tingkatan lima.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar Bakhtiar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan serta spekulasi yang tidak berasas berkaitan dengan kes yang ditularkan.

Sejak semalam, tular menerusi media sosial berhubung seorang pelajar dibawa oleh warden asrama sebuah sekolah pada 23 Sept lepas ke Hospital Kuala Kangsar selepas dipukul pelajar senior selain cedera pada bahagian anggota sulit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading