EL-ARISH (Mesir): Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, di sini pagi ini.
Pesawat yang disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, tiba di sini kira-kira pukul 8.50 pagi (2.50 petang waktu Malaysia).
Melibatkan perjalanan sejauh 7,688 kilometer yang mengambil masa 15 jam, penerbangan pesawat kargo itu terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India dan seterusnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah (Emiriah Arab Bersatu), sebelum tiba di sini.
Bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi dan makanan itu, telah diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
Lapangan Terbang Tentera El-Arish yang terletak dalam wilayah Sinai Utara, merupakan lapangan terbang yang berhampiran dengan sempadan Rafah, iaitu kira-kira 50 kilometer dan juga merupakan salah satu pusat untuk menerima bantuan yang diselia di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Pada peringkat awal, bantuan ini dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, namun disebabkan lapangan terbang itu tidak lagi beroperasi sejak tahun lepas, pasukan Ops Ihsan diarah untuk mendarat di lapangan terbang tentera.
Difahamkan sebaik bantuan ini melepasi sempadan Rafah, ia akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sempadan Nitzana, untuk diagihkan.
Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aman Palestin, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan juga Malaysian Relief Agency (MRA).
Semalam pelepasan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta ketua perwakilan asing.
Penerbangan penghantaran kedua sebanyak 20 tan barangan bantuan, dijadualkan pada 10 Nov.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests