Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT DAKWAAN PELANGGARAN SOP DI TAMAN TEMA AIR

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT DAKWAAN PELANGGARAN SOP DI TAMAN TEMA AIR

SUBANG JAYA: Polis akan menyiasat video tular berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah taman tema air, di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima video berdurasi 13 saat yang dimuat naik di laman Facebook yang menunjukkan keadaan orang ramai di sebuah taman tema air.

“Terdapat seramai 3,513 pengunjung yang direkodkan berada di kawasan taman tema berkenaan pada Sabtu lalu iaitu tarikh dinyatakan kejadian terbabit berlaku.

“Siasatan awal mendapati kawasan taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

“Bagi kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 pula adalah seramai 20,000 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Mohd Fairus memaklumkan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

Jelasnya, polis akan menjalankan siasatan terperinci dan tindakan sewajarnya akan diambil jika wujud pelanggaran SOP.

“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading