Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRESIDEN IRAN GESA NEGARA-NEGARA ISLAM AMBIL TINDAKAN, KEPUTUSAN TEGAS MENGENAI PALESTIN

DALAM NEGARA

PRESIDEN IRAN GESA NEGARA-NEGARA ISLAM AMBIL TINDAKAN, KEPUTUSAN TEGAS MENGENAI PALESTIN

Sumber Gambar: AFP

TEHRAN: Presiden Iran Ebrahim Raisi menggesa para pemimpin negara-negara Islam untuk mencapai keputusan tegas berhubung isu Palestin dan melaksanakannya bersungguh-sungguh, lapor Agensi Berita Iran IRNA.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas untuk menghadiri mesyuarat luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Raisi berkata pertemuan itu menjadi harapan semua orang terutama umat Islam.

“Dijangka ketua-ketua negara Islam akan membuat keputusan tegas mengenai isu Palestin, dan keputusan itu akan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata bahawa Palestin merupakan sebab di sebalik penubuhan OIC manakala menghentikan serta-merta mengeboman Israel ke atas Gaza, membuka laluan untuk membantu penduduk Gaza, menghapuskan kepungan dan merealisasikan hak rakyat Palestin adalah matlamat utama organisasi.

Riyadh menjadi tuan rumah sidang kemuncak luar biasa OIC pada Sabtu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading