Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

39 BAYI MAUT DI HOSPITAL AL-SHIFA AKIBAT KEKURANGAN OKSIGEN

DUNIA

39 BAYI MAUT DI HOSPITAL AL-SHIFA AKIBAT KEKURANGAN OKSIGEN

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat Israel memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza, termasuk sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading