Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA SHEIKH ALI AL-QARADAGHI ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA

DALAM NEGARA

PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA SHEIKH ALI AL-QARADAGHI ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA

Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merupakan tokoh terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Maqasid Syariah dan Pemikiran Islam dan keilmuan beliau diiktiraf sebagai rujukan utama pelbagai institusi kewangan dan perbankan Islam dalam lapangan antarabangsa termasuk institusi kewangan di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sebagai pemimpin utama Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ali Al-Qaradaghi berperanan besar dalam mengarus perdanakan pemikiran kesederhaan dalam Islam terutama aspek Maqasid Syariah dan Islam dan Kenegaraan.

“Kehadiran Sheikh Ali Al-Qaradaghi ke Malaysia akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengadaptasi pendekatan Maqasid Syariah dalam pentadbiran dan pemerintahan,” katanya.

Sepanjang lawatan rasmi selama lapan hari Sheikh Ali Al-Qaradaghi, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyusun pelbagai program antaranya Global MADANI Forum Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Konvensyen Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan dan Sesi Pertemuan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut Mohd Na’im, pihaknya yakin lawatan rasmi berkenaan akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading