Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROSES RAKAM KETERANGAN PASANGAN PENGASAS FASHION VALET MASUKI HARI KETIGA

DALAM NEGARA

PROSES RAKAM KETERANGAN PASANGAN PENGASAS FASHION VALET MASUKI HARI KETIGA

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pasangan pengasas Fashion Valet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sambung memberi keterangan hari ini.

Kenderaan yang membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 2.34 petang.

Hari ini memasuki hari ketiga proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akuan syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish semalam.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading