LIMA LELAKI TERMASUK KERABAT PAHANG DIDAKWA CEDERAKAN INDIVIDU
Lima lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang individu, Jun lepas.
KUANTAN: Lima lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang individu, Jun lepas.
Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 32, Khairul Azhar Rosli, 38, dan Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, didakwa secara bersama dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan lelaki berkenaan dengan pisau.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Alias Awang, 44, dalam kawasan lot tanah bangsal kuda Jalan Teluk Sisek di sini pada 6 Jun, sekitar 12.20 tengah malam.
Sumber Gambar: BERNAMA
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang Shahrizat Ismail bersama Noor Aishah Mohd Amin dan B. Deevagaran Naidu, manakala tertuduh diwakili peguam Y. Sheelan Samuagam, Datuk K. Santhra, Tee Yuan Sheng, K. Theivaendran dan Mohammed Badrulzzaman Abu Bakar.
Pada prosiding itu, Shahrizat menawarkan jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh, dengan mencadangkan syarat tambahan kesemua mereka melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak menggangu mangsa sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, peguam Y. Sheelan memohon jaminan minima dikenakan dalam lingkungan RM5,000 terhadap anak guamnya Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu, manakala Mohd Taufiq pekerja kontrak dan Tengku Eddie Akasya yang masih ditanggung ibu bapa.
Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili anggota polis Mohd Fouzi, turut memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan selain 11 Dis untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.
Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.
Susulan kejadian itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.