Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAMADAN: WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM PAHANG SEHINGGA 12.30 TENGAH HARI SETIAP JUMAAT

DALAM NEGARA

RAMADAN: WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM PAHANG SEHINGGA 12.30 TENGAH HARI SETIAP JUMAAT

KUANTAN: Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Gambar hiasan – Bernama

KUANTAN: Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata penetapan waktu bekerja itu adalah selaras dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Penetapan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan rakyat baginda.

“Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Pahang demi kemakmuran bersama,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading