“Tidak apalah, saya sedekah sahaja daripada ayam mati begitu sahaja, saya juga kerugian ribuan ringgit kerana jentera dan ratusan anak pokok sawit di ladang turut dihanyutkan air.”
Penduduk setempat , Mazlan Md Zin, 45, menyelamatkan kambing ternakan beliau ketika tinjauan di kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar daerah Hilir Perak hari ini. — fotoBERNAMA
TELUK INTAN: Seorang pesara menyedekahkan ayam peliharaannya kepada penduduk kampung apabila reban ternakan di kebunnya dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Permatang Pelanduk di sini sejak dua hari lepas.
Mohamad Aziz, 69, berkata kira-kira 60 ekor ayam kampung yang dipelihara sejak awal tahun ini diberikan kepada jiran-jiran terdekat untuk mengelak ayam berkenaan mati.
“Tidak apalah, saya sedekah sahaja daripada ayam mati begitu sahaja, saya juga kerugian ribuan ringgit kerana jentera dan ratusan anak pokok sawit di ladang turut dihanyutkan air,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kebunnya yang dinaiki air banjir di sini hari ini.
Mohamad berkata dia juga pernah kerugian apabila reban ternakan kambingnya ditenggelami air dalam kejadian banjir yang sama beberapa tahun lepas.
Kampung Permatang Pelanduk adalah antara kawasan di daerah Hilir Perak yang dinaiki air sedalam 3. 4 meter akibat limpahan Sungai Kinta susulan fenomena air pasang besar sejak dua hari lepas.
Seorang lagi penduduk Mazlan Md Zin, 45, berkata dia dan keluarga membuat persediaan awal kerana amaran air pasang besar telah diumum lebih awal sebelum kejadian berlaku.
Dia menyelamatkan barang seperti peralatan elektrik dan barang penting lain ke kawasan lebih tinggi kerana air pasang dijangka berlaku hingga esok.
“Saya juga membuat persediaan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) atas nasihat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang datang memantau,” katanya yang mempunyai enam cahaya mata.
Sementara itu, Pegawai APM Hilir Perak Kapten APM (PA) Affindi Ishak berkata air naik disebabkan limpahan Sungai Kinta disusuli fenomena air pasang besar serta hujan lebat di daerah berkenaan sejak beberapa hari lepas.
Fenomena air pasang besar itu diramal berterusan hingga esok dan dijangka menyebabkan paras air sungai meningkat lebih tiga meter.
“Sebagai langkah siap siaga kita membuka lebih banyak PPS sebagai persediaan untuk menerima mangsa yang terpaksa berpindah, kita juga melakukan pemantauan serta menasihatkan penduduk berpindah jika keadaan memerlukan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests