‘RUMAHKU, RAKITKU’ SELAMATKAN POKWE SEKELUARGA DARIPADA BANJIR
CHUKAI: Dengan hanya berbekalkan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, ia menjadi sebuah rumah bersaiz 70 kaki persegi dan setinggi 5.8 meter serta mampu terapung daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, di sini.
Mangsa banjir A Bakar Ahmad memantau keadaan di sekitar rumahnya menggunakan bot disebabkan beliau sekeluarga tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana tinggal di rumah terapung yang dibinanya sendiri di Kampung Terbak Batu 16 Chukai. — Bernama
CHUKAI: Dengan hanya berbekalkan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, ia menjadi sebuah rumah bersaiz 70 kaki persegi dan setinggi 5.8 meter serta mampu terapung daripada dilanda banjir besar di Kampung Terbak Batu 16, di sini.
Pemilik rumah, A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe, 67, berkata hasil sentuhan kreatif seni bina rumah terapung itu diinspirasikan daripada ‘reban ayam terapung’ yang dibinanya pada 2019.
Pokwe yang juga bekas pembuat alatan tajam berkata ini kali pertama kediamannya yang siap dibina pada 16 Sept lepas dan dinamakan ‘Rumahku, Rakitku’ berjaya diapungkan sekali gus menyelamatkannya sekeluarga daripada banjir.
“Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)… rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik,” katanya kepada Bernama di kediamannya itu hari ini.
Pokwe berkata rumah itu dibina hasil titik peluh ahli keluarganya yang terdiri daripada tujuh anak serta menantunya.
Beliau berkata sebelum rumah itu siap dibina, beliau sering terkesan dengan banjir di kawasan terbabit sejak tujuh tahun lepas.
“Saya sudah duduk di sini selama tujuh tahun, hanya satu tahun sahaja pada 2016 rumah kami tidak ditenggelami banjir.
“Sebelum ini, saya tidak berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), saya hanya duduk di rumah saya yang lain… ia tidak jauh dari sini,” katanya.
Sementara itu, Pokwe hampir tidak percaya bahawa satu hantaran video mengenai rumahnya yang dirakam oleh seorang anaknya menerusi aplikasi TikTok meraih perhatian netizen di media sosial.
“Saya sangat gembira kerana ada yang memberi komen positif terhadap video tersebut, saya suka berkongsi kepada orang ramai supaya mereka juga turut mendapat idea untuk menyelamatkan rumah mereka.
“Saya juga sudi untuk tunjuk bagaimana kaedah pembuatan rumah ini tetapi saya buat ini lebih kurang sahaja. Kalau mereka (orang ramai) ingin buat lagi kukuh… saya boleh ajarkan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked