Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHMAD AZFAR AZRAIE JOHAN MUSABAQAH MAZAMIR DAWUD PERINGKAT ANTARABANGSA

DALAM NEGARA

AHMAD AZFAR AZRAIE JOHAN MUSABAQAH MAZAMIR DAWUD PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR: Qari cilik, Ahmad Azfar Azraie, 10, yang mewakili Malaysia dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria berjaya mengharumkan nama negara.

Menurut perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahmad Azfar dinobatkan sebagai Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 bagi kategori bawah 15 tahun.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff mengucapkan tahniah atas kejayaan Ahmad Azfar.

Pada Julai lalu, Ahmad Azfar dan kakaknya ‘Arifah Azraie, 13, mencipta kejayaan dalam Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) 2022 apabila masing-masing diumumkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran serta tempat ketiga dalam pertandingan yang sama.

Dua beradik tersebut adalah anak pasangan Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka pada 2021 iaitu Azraie Abdul Hak dan Sarrul-Munirah Haris. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading