
Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengesahkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Loke dalam kenyataan media berkata, keputusan itu selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu.
“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri sejak Disember 2022.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh beliau menerajui kementerian itu. — AlHijrah Online