Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NAJIB SAH JALANI TAHANAN RUMAH HINGGA 2028

DALAM NEGARA

NAJIB SAH JALANI TAHANAN RUMAH HINGGA 2028

Mahkamah Tinggi membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028 selepas bayaran denda RM50 juta diselesaikan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini sehingga 23 Ogos 2028.

Ketetapan itu dimuktamadkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Selasa mengeluarkan perintah baharu bagi memperjelas pelaksanaan hukuman bekas Perdana Menteri itu susulan penyelesaian bayaran denda RM50 juta.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam prosiding semakan perintah pelepasan selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mencapai persetujuan berhubung pelaksanaannya.

Perintah baharu itu menggantikan perintah terdahulu dan membolehkan Najib menjalani baki hukuman bagi kes SRC di kediamannya di No. 11, Jalan Langgak Duta.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan semakan bagi memperincikan perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu.

Langkah itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dari sudut teknikal undang-undang serta memastikan pelaksanaan perintah selaras dengan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Najib sebelum ini menyelesaikan pembayaran denda RM50 juta yang merupakan antara syarat pengampunan bersyarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Sementara itu, tinjauan di kediaman peribadi beliau di Jalan Langgak Duta mendapati pos kawalan keselamatan telah didirikan pihak berkuasa dengan kawalan diperketatkan bagi menerima ketibaan Najib. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top