Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PESAKIT SKIZOFRENIA DITEMUKAN MAUT DIPERCAYAI DIBUNUH RAKAN

DALAM NEGARA

PESAKIT SKIZOFRENIA DITEMUKAN MAUT DIPERCAYAI DIBUNUH RAKAN

Mangsa yang mempunyai masalah kesihatan mental, skizofrenia itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat kecederaan pada bahagian dada.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 42 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di Taman Kempas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG MER S999 pada 7.02 malam.

“Siasatan di lokasi mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasat telah dijalankan pada 11 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar … kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan pada bahagian dada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hanyan berkata mangsa dilaporkan mempunyai masalah kesihatan mental, iaitu skizofrenia.

“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun, yang juga sedang mendapatkan rawatan di tempat sama ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan enam rekod berkaitan dadah. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top