Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMUA PIHAK PERLU HORMATI KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

SEMUA PIHAK PERLU HORMATI KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN – MOHD NA’IM

Semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dianuti majoriti rakyat di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

PUTRAJAYA: Semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dianuti majoriti rakyat di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata semua pihak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama, kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Merujuk insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini, Mohd Na’im berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

“Saya berasa amat dukacita kerana insiden-insiden sebegini masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, yang seharusnya telah memahami batas-batas sensitiviti agama dan implikasi undang-undang dalam membuat sebarang kenyataan atau komentar, terutamanya di platform media sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh usaha dan program kesedaran masyarakat, bagi memastikan orang ramai lebih berwaspada dalam menggunakan media sosial serta sentiasa menjaga adab dan batas sensitiviti agama.

“Usaha ini penting bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan antara kaum dan agama di negara kita,” katanya.

Sebelum ini Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Susulan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain minggu lepas berkata polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading