Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIASAT, AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP PIHAK DAKWA RASULULLAH SEBAGAI TUHAN – MUFTI

DALAM NEGARA

SIASAT, AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP PIHAK DAKWA RASULULLAH SEBAGAI TUHAN – MUFTI

“Siasatan perlu dijalankan segera bagi mengenal pasti individu-individu itu untuk diminta bertaubat dan jika mereka berdegil untuk terus berpegang dengan kesesatan tersebut maka mereka perlulah dihadapkan ke Mahkamah Syariah serta dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

GEORGE TOWN: Pihak berkuasa agama Islam diminta mengambil tindakan segera terhadap beberapa lelaki dan wanita, dipercayai daripada sebuah keluarga, yang mengisytiharkan kepercayaan karut mereka bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan mereka dalam video yang tular di media sosial jelas menunjukkan satu lagi ajaran sesat dan ia perlu dilurus serta dibendung supaya tidak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

“Siasatan perlu dijalankan segera bagi mengenal pasti individu-individu itu untuk diminta bertaubat dan jika mereka berdegil untuk terus berpegang dengan kesesatan tersebut maka mereka perlulah dihadapkan ke Mahkamah Syariah serta dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tujuan sebenar di sebalik tindakan itu tidak dapat dikenal pasti namun tidak diragui lagi bahawa kepercayaan sedemikian adalah satu lagi ajaran sesat.

”Kita sedia maklum bahawa di dalam ajaran Islam, Nabi Muhammad adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading