SIASATAN OP SKY, OP SOHOR SELESAI, BEBERAPA INDIVIDU AKAN DIDAKWA – AZAM BAKI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap kes rasuah berprofil tinggi merangkumi Op Sky dan Op Sohor dengan beberapa individu akan didakwa dalam masa terdekat.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap kes rasuah berprofil tinggi merangkumi Op Sky dan Op Sohor dengan beberapa individu akan didakwa dalam masa terdekat.
Op Sky, siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan, manakala Op Sohor siasatan terhadap pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata menerusi Op Sky, kira-kira 20 pegawai bank akan didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM 2009 pada hujung bulan ini atau awal Oktober.
“Kes ini pun telah selesai disiasat dan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata usaha untuk mendapatkan semula wang lebih RM200 juta sedang digerakkan oleh SPRM di bawah Op Sky.
“Akan ada pihak (lain) bakal dituduh di mahkamah kerana tidak bersetuju untuk membuat pemulihan ini,” katanya.
Sebelum ini, SPRM membekukan 98 akaun syarikat dan individu bernilai RM22.07 juta yang juga siasatan penggubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan pinjaman peribadi.
Mengenai Op Sohor, Azam berkata siasatan kes telah selesai dengan empat pegawai kanan ATM akan didakwa di mahkamah, manakala seorang lagi akan dikemukakan laporan tatatertib kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).
“Enam orang awam (yang ditahan) berkenaan masih lagi dalam penelitian Timbalan Pendakwa Raya sama ada mereka boleh dituduh ataupun tidak,” katanya sambil menambah sebanyak 11 individu ditahan dalam kes berkenaan.
SPRM sebelum ini melumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai-pegawai kanan ATM yang beroperasi di selatan tanah air melalui Op Sohor.
Mengulas berkaitan Op DBKL, Azam berkata empat individu ditahan dalam kes berkenaan termasuk seorang pegawai kanan gred jusa B, manakala 16 individu telah dirakam percakapan.
“Siasatan hampir lengkap dijalankan dan kes ini akan dikemukakan dalam tempoh terdekat kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan-cadangan pertuduhan,” katanya.
SPRM sebelum ini dilapor menyita wang tunai lebih RM200,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton dalam siasatan kes itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager