KURANG PASTI TENTANG KECEDERAAN BERJALUR KOD BAR, TUMPUAN UNTUK SELAMAT ZARA QAIRINA – SAKSI
Pegawai perubatan yang pertama memeriksa Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini, beliau tidak melihat sebarang kecederaan berbentuk jalur selari seperti kod bar atau ‘barcode injuries’ pada tubuh pelajar Tingkatan Satu itu.
KOTA KINABALU: Pegawai perubatan yang pertama memeriksa Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, beliau tidak melihat sebarang kecederaan berbentuk jalur selari seperti kod bar atau ‘barcode injuries’ pada tubuh pelajar Tingkatan Satu itu.
Dr Janefer Voo, 32, yang berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini menyatakan perkara itu sebagai maklum balas kepada soalan peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada remaja yang terlibat dalam kes buli si mati.
Ram: Doktor, adakah anda menemukan sebarang kecederaan berbentuk kod bar pada tubuhnya (Zara Qairina)? Adakah anda melihat apa-apa?
Dr Voo menjawab “Tidak, saya tidak menyedari sebarang kecederaan sedemikian.
Ram: Awak tidak menyedarinya atau awak memang tidak memeriksanya?
Dr Voo: Apabila pesakit tiba, kami melakukan pemeriksaan segera pada tangan dan lengan. Kami mendapati ada kelainanpada tangan kiri, yang kemudiannya dipasang pendakap. Pada masa itu, diagnosis awal ialah patah tertutup. Tiada apa-apa yang direkodkan mengenai kecederaan berbentuk jalur seperti kod bar.
Ram: Apabila anda menanggalkan pakaian Zara Qairina, anda pasti periksa seluruh badannya untuk meneliti kecederaan dari kepala hingga ke kaki, depan dan belakang. Betul?
Dr Voo menjawab: “Ya, namun keutamaan kami adalah mengenal pasti kecederaan yang mengancam nyawa”.
Berkongsikan pengalaman beliau berkhidmat selama lima tahun di Jabatan Kecemasan dan Trauma, saksi ketiga berkenaan memberi keterangan bahawa kebanyakan pesakit yang mengalami kecederaan berjalur seperti kod bar merupakan golongan remaja atau lingkungan awal 20-an, dan kecederaan seumpama itu lazimnya berkaitan dengan perbuatan mencederakan diri sendiri.
Doktor berkenaan turut menjelaskan kecederaan terbabit boleh disebabkan oleh objek tajam dan coraknya akan kelihatan seperti kod bar.
Menjawab soalan lain, Dr Voo berkata beliau tidak pasti apa yang berlaku pada pakaian si mati selepas ia ditanggalkan kerana kebiasaannya barang-barang milik pesakit akan diuruskan oleh jururawat dan paramedik.
Ram: Doktor, adakah terlintas dalam fikiran anda pakaian berkenaan perlu diserahkan kepada polis untuk analisis forensik?
Dr Voo: Pada masa itu, kami menumpukan untuk menyelamatkan pesakit. Setelah pakaian ditanggalkan, ia mungkin telah dimasukkan ke dalam beg oleh petugas kami. Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menyerahkannya kepada polis. Keutamaan saya adalah menstabilkan remaja terbabit.
Ditanya sama ada si mati memakai tudung semasa tiba di jabatan terbabit, Dr Voo berkata, “Tidak memakai tudung, kerana luka di belakangnya telah pun dibalut. Jadi, saya tidak ingat sama ada dia memakai tudung atau tidak”.
Terdahulu, Dr Voo memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah doktor pertama yang memeriksa Zara Qairina pada 16 Julai, selepas remaja berkenaan dibawa ke jabatan itu oleh seorang penolong pegawai perubatan dan pihak ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun pada masa itu punca kecederaan tidak diketahui.
Prosiding siasatan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung selepas rehat tengah hari.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di HQE pada 17 Julai. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager