DUA KANAK-KANAK LEMAS DI SUNGAI LINGGI BERAGAMA ISLAM
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan memutuskan dua beradik terlibat dalam tragedi lemas di Sungai Linggi, Port Dickson pada 4 Sept lepas, beragama Islam dan akan dikebumikan petang ini.
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan memutuskan dua beradik terlibat dalam tragedi lemas di Sungai Linggi, Port Dickson pada 4 Sept lepas, beragama Islam dan akan dikebumikan petang ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan menguruskan jenazah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan lelaki enam tahun tersebut.
Beliau berkata satu sesi pendengaran mengenai status agama bagi mangsa telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bagi menentukan agama kanak-kanak tersebut.
“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan dua mangsa tersebut beragama Islam dan diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya, pada 11.45 pagi, 4 Sept.
Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak tersebut yang beralamat di Shah Alam, Selangor, dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.
Alzafny turut melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak-kanak itu dan teman wanitanya 41 direman tujuh hari bermula 5 Sept, bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media turut melaporkan tiada ahli keluarga atau waris hadir di Unit Forensik Hospital Port Dickson ketika proses bedah siasat mangsa pada Jumaat lepas.
Dalam pada itu, Pengarah JHEAINS Mohd Asri Abdullah dalam satu kenyataan berkata pengurusan jenazah dua beradik itu dilaksanakan di Hospital Port Dickson kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, Port Dickson hari ini.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked