SITI BAINUN SEKALI LAGI GAGAL TANGGUH HUKUMAN PENJARA 12 TAHUN
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini gagal dalam cubaan kali kedua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini gagal dalam cubaan kali kedua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Siti Bainun, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Siti Bainun selaku pemohon selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman itu.
“Setelah meneliti afidavit dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan isu-isu dihujahkan oleh peguam pemohon tidak dapat menunjukkan keadaan khas atau luar biasa yang membolehkan mahkamah membenarkan permohonannya.
Pemohon juga telah disabitkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan hakim itu juga telah menolak permohonan serupa dengan alasan-alasan yang mahkamah ini bersetuju dengan hakim itu,” kata Ahmad di sini hari ini.
Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Siti Bainun dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara itu.
Sementara itu, Ahmad dalam penghakimannya berkata Siti Bainun menyatakan bahawa dia menghadapi masalah kesihatan seperti asma, sakit hempedu dan “gerd”, namun tiada laporan pakar dikemukakan sedangkan beban pembuktian terletak kepada pemohon.
“Apa yang ada adalah laporan perubatan biasa bertarikh 6 Dis 2022, surat kemasukan pemohon ke hospital pada 28 Nov 2022 dan gambar hidung serta bibirnya tidak dapat membantu mahkamah.
“Namun, pihak responden (pendakwaan) memfailkan afidavit jawapan Pegawai Perubatan di Klinik Penjara Wanita Kajang Dr S S Sunita yang mengendalikan pemeriksaan kesihatan pemohon dan mendapati pemohon dalam keadaan stabil, tidak mengalami apa-apa komplikasi kesihatan serta tidak mempunyai masalah kesihatan serius,” kata hakim itu.
Menurut Ahmad, tiada afidavit balasan difailkan pemohon untuk mematahkan laporan dan pendapat Dr Sunita.
“Ini adalah satu kekurangan yang melemahkan permohonan pemohon yang cuba memberi alasan bahawa pihaknya menerima afidivit tersebut lewat.
“Mahkamah berpendapat alasan ini adalah difikirkan kemudian (eng:afterthought) kerana jika pemohon ingin menjawab kepada afidavit itu, ia boleh dilakukan selewat-lewatnya pada pagi, 18 Mei lepas kerana hujahan lisan pada sebelah petang,” katanya dan menambah peluang tersebut tidak diambil oleh pemohon.
Hakim itu berkata alasan bahawa pemohon menanggung ibu yang tua dan sakit adalah isu peribadi berkaitan dengan urusan keluarga selain pemohon bergiat aktif dalam kerja amal bukanlah satu keadaan khas yang mewajarkannya untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara.
“Tanpa pemohon, kerja-kerja amal tidak terhenti atau terbantut kerana masih banyak lagi sukarelawan yang bergiat dalam kerja amal. Pemohon sebelum ini bergerak aktif di dalam badan sukarelawan melibatkan kanak-kanak dan jika permohonan ini dibenarkan, dia mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan,” katanya.
Ahmad berkata alasan bahawa pemohon menjaga seorang kanak-kanak lelaki bukanlah keadaan istimewa yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan hukuman diberikan kerana afidavit sokongan daripada pegawai penyiasat menunjukkan kanak-kanak itu tinggal bersama ibu dan bapanya di Puchong sejak tahun lepas dan bukannya tinggal bersama pemohon.
“Ibu berkenaan iaitu Noor Marliana Ramlee juga menafikan beliau ditanggung oleh pemohon sebaliknya menyatakan beliau mempunyai suami yang menanggungnya,” katanya.
Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas ,Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Ahmad Faiz Munawar mewakili Siti Bainun.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam pemerhati iaitu Mohd Radzi Yatiman yang dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager