Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIPU PAKEJ UMRAH: PDRM TERIMA LEBIH 100 LAPORAN SEJAK JANUARI

DALAM NEGARA

TIPU PAKEJ UMRAH: PDRM TERIMA LEBIH 100 LAPORAN SEJAK JANUARI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading