SUAMI ISTERI MAUT MOTOSIKAL REMPUH BELAKANG LORI ROSAK DI SELANGAU
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 97 Lebuhraya Pan Borneo Sibu–Bintulu, berhampiran Spiring, Selangau, dekat Sibu malam tadi.
SIBU: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 97 Lebuhraya Pan Borneo Sibu–Bintulu, berhampiran Spiring, Selangau, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhammad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mereka yang maut ialah penunggang motosikal dikenal pasti sebagai Kelly Baling, manakala pembonceng ialah isterinya Belula Amin, kedua-duanya berusia 28 tahun.
“Hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bersama-sama isterinya dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke Selangau telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan.
“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pasangan itu dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muhammad Rizal berkata polis sedang mengesan pemilik serta pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan dan orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin melalui talian 011-3162 7137/084-871222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, beliau meminta pemandu kenderaan berat yang mengalami kerosakan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, khususnya pada waktu malam kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Sekiranya kenderaan rosak, pastikan tanda amaran diletakkan secukupnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memaklumkan pengguna jalan raya lain mengenai kenderaan yang berada di lokasi tersebut,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.