Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN NAZRIN KURNIA WATIKAH KEPADA ENAM AHLI BAHARU MKI

DALAM NEGARA

SULTAN NAZRIN KURNIA WATIKAH KEPADA ENAM AHLI BAHARU MKI

Baginda yang juga merupakan Pengerusi MKI mengurniakan watikah itu ketika mesyuarat MKI kali ke-72 yang diadakan di ibu negara semalam


fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan watikah kepada enam ahli baharu Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Baginda yang juga merupakan Pengerusi MKI mengurniakan watikah itu ketika mesyuarat MKI kali ke-72 yang diadakan di ibu negara semalam.

Enam ahli berkenaan ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Majlis Kepimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Tan Sri Azman Mokhtar dan Ahli Dewan Negara yang juga anggota Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin.

Turut menerima watikah berkenaan ialah Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Datuk Dr Azizan Baharuddin, bekas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjunjung kasih dengan perkenan Majlis Raja-Raja dengan pelantikan berkenaan yang berkuat kuasa serta merta dalam tempoh dua tahun – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading