SULTAN SELANGOR ZAHIR KEBIMBANGAN BUDAYA FITNAH, SEBAR TOHMAHAN
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah-memfitnah dan penyebaran tohmahan, khususnya melalui media sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap budaya fitnah-memfitnah dan penyebaran tohmahan, khususnya melalui media sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Baginda bertitah perbuatan tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi merosakkan ukhuwah serta perpaduan umat Islam.
“Janganlah ada dalam kalangan anda yang gemar menyebarkan berita tidak benar, memutarbelitkan fakta atau membesar-besarkan perkara kecil sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan ahli kariah dan masyarakat.
“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika tersilap langkah boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan masyarakat,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir-Nazir dan Imam-Imam Masjid melibatkan 850 orang di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Sehubungan itu, baginda mengingatkan semua nazir serta ahli jawatankuasa masjid dan surau agar tidak mudah mempercayai berita palsu dan menyemak kesahihan fakta sebelum menyebarkannya kerana dosa memfitnah adalah lebih besar daripada membunuh.
“Ketahuilah bahawa Beta sentiasa mengikuti perkembangan dan mengetahui apa yang berlaku di masjid dan surau di negeri ini dan Beta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya perlu,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menyeru imam masjid dan surau supaya tidak hanya mendalami ilmu agama, malah memiliki keupayaan mengurus dan mentadbir masjid dengan baik.
Baginda bertitah imam hendaklah berperanan sebagai pemimpin masyarakat, pendamai dalam perselisihan serta penggerak kepada perpaduan dalam kalangan ahli kariah, selain mengamalkan semangat kesatuan, saling menghormati dan bekerjasama tanpa mengira latar belakang jemaah.
Selain itu, Sultan Sharafuddin turut menekankan kepentingan imam dan nazir menjaga watak peribadi, akhlak serta imej diri yang baik kerana mereka merupakan cerminan kepada institusi masjid.
“Jagalah nama baik masjid dan surau serta elakkan sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan maruah dan kepercayaan masyarakat.
“Janganlah disebabkan kesalahan seorang individu, keseluruhan institusi masjid dipandang serong umpama peribahasa Melayu, ‘kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit’,” titah baginda.
Sementara itu, Sultan Selangor menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menerima lebih 100,000 pelawat sepanjang tahun lepas.
Baginda bertitah kejayaan itu membuktikan masjid bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah dan dakwah, malah mampu menjadi destinasi pelancongan Islam termasuk kepada pelancong bukan Islam.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager