Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHFIZ CEDERA DIPERCAYAI DIPUKUL TIGA RAKAN DI KAJANG

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHFIZ CEDERA DIPERCAYAI DIPUKUL TIGA RAKAN DI KAJANG

Seorang pelajar tahfiz mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul oleh tiga rakan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kajang, 18 Jan lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahfiz mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul oleh tiga rakan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kajang, 18 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin lepas kira-kira 11.28 pagi.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah malam, menyebabkan mangsa mengalami lebam serta bengkak pada kedua-dua belah tangan.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung kes tersebut dan punca sebenar kejadian kini sedang dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Naazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Muhammad Haniffa Abd Rajk menerusi talian 019-7356544.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading