Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAN SRI AHMAD NAWAB MENINGGAL DUNIA PADA USIA 92 TAHUN

DALAM NEGARA

TAN SRI AHMAD NAWAB MENINGGAL DUNIA PADA USIA 92 TAHUN

Media tempatan melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usianya 92 tahun, kira-kira jam 3.15 petang tadi akibat sesak nafas.

KUALA LUMPUR: Tokoh muzik terkemuka tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab atau Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, di sini petang tadi.

Media tempatan melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usianya 92 tahun, kira-kira jam 3.15 petang tadi akibat sesak nafas.

Berita tersebut turut disahkan oleh cucunya, Khairul Hafis Khan yang memaklumkan bahawa datuknya tidak mempunyai sakit kronik.

“Allahyarham pernah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) pada bulan lepas akibat sesak nafas.

“Bulan ini, keadaan Allahyarham juga tidak berapa sihat,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Difahamkan Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Samudera.

Sebagai rekod, Allahyarham telah menghasilkan lebih 2,000 buah lagi untuk beberapa artis popular dari dalam dan luar negara.

Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun dan telah menerima Anugerah Seniman Negara pada 2006.

Pada Jun 2023, Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading