Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHAN QARIAH ANTARABANGSA GENGGAM IJAZAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

DALAM NEGARA

JOHAN QARIAH ANTARABANGSA GENGGAM IJAZAH PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90.

KUALA LUMPUR: Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90.

Nor Farhatul memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.

Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.

Seramai 11,010 graduan akan menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 berlangsung bermula 23 November hingga 1 Dis.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading