Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TERJATUH DARI SAMPAN DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

LELAKI TERJATUH DARI SAMPAN DITEMUKAN LEMAS

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2 JBPM Selangor Mohammad Hafizie Azaly Abdul Wahab memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun yang disyaki terjatuh dari sampan.

Sumber Gambar: JBPM Selangor

KLANG: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari sampan di Pengkalan Nelayan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, di sini tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10:49 pagi semalam.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2 JBPM Selangor Mohammad Hafizie Azaly Abdul Wahab memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun yang disyaki terjatuh dari sampan.

“Pada jam 1 tengah hari tadi, mangsa yang lemas telah dijumpai dan mayat mangsa dibawa naik ke darat.

“Kerja-kerja seterusnya akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading