Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TEMPOH SAH LAKU SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN MASIH PERINGKAT CADANGAN – JAKIM

DALAM NEGARA

TEMPOH SAH LAKU SIJIL KURSUS PRAPERKAHWINAN MASIH PERINGKAT CADANGAN – JAKIM

Cadangan pelaksanaan tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Okt ini (2023) seperti yang dilaporkan masih di peringkat pertimbangan, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Okt ini (2023) seperti yang dilaporkan masih di peringkat pertimbangan, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

Jakim memaklumkan cadangan tersebut telah dibincangkan oleh jabatan itu bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan,” kata Jakim.

Pada Rabu lepas (30 Ogos), sebuah portal melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata tempoh sah laku sijil kursus berkenaan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) bagi tujuan permohonan Kebenaran Berkahwin JAWI adalah tidak melebihi tempoh 10 tahun.

Pada masa kini, sijil berkenaan sah dan laku seumur hidup.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading