TIADA LAPORAN BAHARU PENJUALAN SEMULA PERANTI SISWA – ANNUAR
Beliau berkata daripada 300,000 peranti yang ada, hanya 14 kes diterima membabitkan penjualan peranti itu dengan sebilangan kecil daripada mereka telah membatalkan niat untuk berbuat demikian setelah diberikan nasihat.
SUNGAI BULOH: Tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun beliau berkata pemantauan akan terus dilaksanakan kepada pelajar yang telah menerima peranti itu.
“Kita tahu sekiranya peranti tersebut disalah guna atau tidak berada di kampus dan pergi merata-rata… mereka akan dapat dikesan kerana kita dapat memantau keberadaan (peranti) sekiranya berada di luar kawasan (kampus).
“Contohnya semasa musim belajar, peranti tersebut hendaklah berada dalam kampus,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan peranti komuniti kepada wakil-wakil komuniti di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Saujana Utama di sini hari ini.
Beliau berkata daripada 300,000 peranti yang ada, hanya 14 kes diterima membabitkan penjualan peranti itu dengan sebilangan kecil daripada mereka telah membatalkan niat untuk berbuat demikian setelah diberikan nasihat.
Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa peranti berkenaan bermasalah, Annuar berkata setakat ini tiada laporan sedemikian diterima.
Malah beliau berkata bekalan peranti terbaharu adalah yang terbaik di pasaran serta berkualiti.
Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata bekalan telur di seluruh negara dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.
Beliau berkata penternak ayam telah dinasihatkan untuk meningkatkan pengeluaran telur berbanding menjual ayam susulan pengumuman subsidi baharu yang dijangka dapat membantu mereka supaya tidak mengalami kerugian.
“Kita akan berusaha memastikan bekalan telur sentiasa ada dan harga tidak meningkat terutama ketika musim perayaan, banjir dan sebagainya.
“Pemain industri juga telah dinasihatkan agar tidak sembelih ayam terlalu awal supaya ia dapat bertelur selain merayu kepada sesetengah pihak agar tidak menyeludup telur ke negara jiran,” katanya.
Pada 1 Nov lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen menyebabkan kadar subsidi telur ayam di peringkat ladang berubah daripada lapan sen sebiji kepada 10 sen sebiji supaya harga kawalan runcit kekal bagi telur gred A, B dan C. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests