Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA PELAKSANAAN PDPR, SESI PERSEKOLAHAN BERJALAN SEPERTI BIASA – KPM

DALAM NEGARA

TIADA PELAKSANAAN PDPR, SESI PERSEKOLAHAN BERJALAN SEPERTI BIASA – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berikaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berikaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.

“Kementerian Pendidikan (KPM) prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading