TIADA PERUNTUKAN BAHARU DISEDIAKAN UNTUK IKLAN, PROMOSI MALAYSIA MADANI PADA 2023 – ANWAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada peruntukan baharu disediakan kerajaan pada tahun ini untuk kerja-kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada peruntukan baharu disediakan kerajaan pada tahun ini untuk kerja-kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri.
Anwar berkata sebaliknya, kerajaan ketika ini hanya menggunakan lebihan yang diluluskan dan ditandatangani di bawah pentadbiran perdana menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi tujuan itu.
Ia termasuk bagi penyediaan papan iklan (billboard) serta penerbitan berkaitan dasar-dasar kerajaan seperti Malaysia MADANI, kerangka Ekonomi MADANI dan Belanjawan 2024.
“Sejak 2020 sehingga 2022, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM700 juta untuk iklan promosi dan publisiti. Ini bermakna sebanyak RM500 juta telah dibelanjakan semasa YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan selebihnya oleh YB Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).
“Tetapi YB Bera tidak berbelanja setinggi itu, kerana (itulah) ada lebihan, sebab itu pada 2023 saya tidak ada apa-apa peruntukan selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa YB Bera jadi Perdana Menteri. Jadi RM700 juta atau lebih kurang pada peringkat awal RM300 juta setahun bagi saya melanggar peraturan dan tatakelola selain keterlaluan,” kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab P. Prabakaran (PH-Batu) berhubung jumlah yang dibelanjakan untuk mempromosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa sejak 2020 hingga kini.
Anwar berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya meluluskan peruntukan tidak melebihi RM100 juta setahun bermula tahun depan berbanding RM300 juta setahun yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.
Biarpun menyedari keperluan dan penjelasan mengenai dasar-dasar yang dilakukan kerajaan itu perlu, namun Anwar berkata kerajaan tidak seharusnya dibebankan dengan iklan dan publisiti tambahan untuk promosi.
“Program-program kerajaan termasuk beberapa langkah baharu seperti Ekonomi MADANI, transisi tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 dan belanjawan tentunya perlu diterangkan kepada rakyat.
“Kita gunakan jentera serta majlis-majlis sedia ada dan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri juga diarah agar turun ke bawah. Selain program biasa, (menteri dan timbalan menteri) bantu turun menjelaskan kepada rakyat. Peruntukan yang kecil ini, akan dimanfaatkan untuk menyediakan beberapa iklan dan penerbitan yang boleh beri penjelasan lanjut.
“Saya tidak fikir ini terlalu menimbulkan masalah sekiranya kita mempunyai program jelas dan turun menyantuni rakyat, tetapi untuk berbelanja lebih, saya tidak fikir ia selaras dengan prinsip pengurusan cekap dan tatakelola yang kita sebut selama ini,” kata beliau. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.