Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA SEKELUARGA MAUT, DUA PARAH KEMALANGAN TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

TIGA SEKELUARGA MAUT, DUA PARAH KEMALANGAN TIGA KENDERAAN

“Isteri serta anak pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak saudara disahkan disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan Hospital Semporna.’

Sumber Gambar : JBPM

SEMPORNA: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan pada 4.30 petang itu, melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada di laluan sama, serta sebuah lori Nissan 20 tan dari arah bertentangan.

“Pemandu Kancil yang dari arah Kampung Lihak menuju ke Kampung Salimbangun, memperlahankan kenderaan ketika tiba di lokasi kejadian, namun tiba-tiba kenderaan Ford Ranger melanggar dari arah belakang mengakibatkan Kancil masuk ke laluan bertentangan, dan bertembung dengan lori Nissan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata kemalangan itu, menyebabkan penumpang kereta kancil yang juga isteri kepada pemandu, 30; anak perempuan, 10 bulan; anak saudara lelaki, 13; maut, manakala pemandu, 30, serta adik perempuan, 27, cedera parah.

“Isteri serta anak pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak saudara disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan Hospital Semporna.

“Pemandu Ford Ranger seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemandu lori berusia 32 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Mohd Farhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading