IPOH: Tiga wanita termasuk seorang warga emas maut dalam dua kemalangan berasingan di Batu Gajah dan Lenggong malam tadi serta awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua wanita berusia 34 dan 65 tahun terbabit kemalangan di Jalan Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.
“Bomba menerima panggilan pada 9.45 malam kemalangan yang membabitkan Perodua Myvi dan Toyota Hilux.
“Dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata bomba juga menerima maklumat kemalangan kedua melibatkan Perodua Bezza yang terbabas di Jalan Baling-Kuala Kangsar dekat Lenggong pada 3.56 pagi tadi.
Beliau berkata kemalangan melibatkan lima individu termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
“Seorang mangsa wanita yang tersepit dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad dalam kenyataan memaklumkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menaiki Perodua Myvi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Gajah.
Md Noor Aehawan berkata pemandu Toyota Hilux berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan dua belah tangan juga didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Kampar ke Bemban, Batu Gajah memotong sebuah kenderaan dan bertembung dengan Perodua Myvi dari arah bertentangan,” katanya.
Beliau berkata pemandu itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests