TINDAKAN PECAH BELAH KAUM MESTI DIHALANG DENGAN TEGAS – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mereka yang cuba memecahbelahkan rakyat berasaskan kaum, wilayah atau agama mesti dihalang dengan tegas kerana tindakan itu hanya akan meruntuhkan masa depan negara.
SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mereka yang cuba memecahbelahkan rakyat berasaskan kaum, wilayah atau agama mesti dihalang dengan tegas kerana tindakan itu hanya akan meruntuhkan masa depan negara.
Beliau berkata perpaduan ialah asas kekuatan Malaysia sejak awal perjuangan kemerdekaan dan semangat itu perlu terus dipelihara untuk memastikan kestabilan serta kemakmuran negara berkekalan.
“Tidak ada negara yang mampu merdeka kalau tidak ada semangat kerjasama, perpaduan serta jati diri. Cuma selang beberapa abad kadang-kadang perkara ini dilupakan.
“Malaysia harus belajar daripada pengalaman ini, jangan lupa bahawa kemerdekaan itu dibayar dengan harga yang tinggi, nyawa, harta benda, dan keringat semua kaum,” kata beliau pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau menegaskan perkara ini kerana percaya kewujudan Malaysia adalah lebih penting daripada tindakan hanya berdasarkan kaum, sukuan atau daerah dan tiada negara yang boleh bertahan jika menerima hasutan serta kebencian antara kaum.
Disebabkan faktor itu, Perdana Menteri berkata semua pihak harus faham bahawa setiap kaum merupakan sebahagian daripada kekuatan Malaysia dan keseluruhannya membentuk rakyat Malaysia yang utuh.
Rakyat, kata beliau mesti bekerja keras menjaga perasaan dan sentimen semua pihak kerana sejarah membuktikan terdapat negara yang runtuh akibat pimpinan yang terlalu taasub dengan isu perkauman dan bahasa.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menyeru generasi muda agar tidak melupakan pengorbanan besar para pejuang tanah air yang telah membuka jalan kepada kemerdekaan negara.
Beliau berkata nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini ialah hasil perjuangan panjang, bermula daripada tokoh-tokoh awal seperti Mat Kilau, Dato’ Maharaja Lela sehingga pasukan keselamatan negara dalam menentang penjajahan dan ancaman komunis.
“Benar, ketimbang (berbanding) dengan negara lain tidak terlalu besar jumlah (pejuang) terkorban berbanding Indonesia, Vietnam atau Algeria yang meragut jutaan nyawa, tetapi (di sini) ribuan nyawa terkorban.
“Terlalu banyak pengorbanan, nyawa, harta benda, air mata, keringat, oleh itu saya seru anak-anak muda terutamanya lihat, belajar dengan apa yang kita kecapi,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked