TOL PERCUMA DI LEBUHRAYA WCE SEKSYEN 1 SEMPENA HARI KEBANGSAAN
Pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil – Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.
BANTING: Pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) di sini tidak perlu membayar tol selama sebulan bermula 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.
“Saya juga ingin jelaskan pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak melibatkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya ini.
“… pelaksanaan tol percuma ini berlangsung hingga 29 Sept, 11.59 malam,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nanta berkata pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil – Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.
Beliau berkata lebuh raya itu yang bersambung dengan Lebuhraya SKVE, juga memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Banting untuk ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan.
“Pelbagai projek pembangunan ketika ini sedang giat dilaksanakan di sekitar jajaran Lebuhraya WCE Seksyen 1 yang menawarkan pembangunan terancang, bersepadu merangkumi kawasan IKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan hab industri serta logistik bertaraf dunia.
“Di samping itu, ia dapat menambah baik jaringan logistik terutamanya pergerakan pengangkutan ‘haulier’ yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Nanta berharap baki empat lagi seksyen lebuh raya berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain menjangkakan Seksyen 2 bagi lebuh raya itu akan siap pada Disember depan.
“Kita juga difahamkan oleh pihak konsesi bahawa jangkaan awal lebuh raya ini akan menerima lebih kurang 10,000 kenderaan sehari,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager