DA’I SYED DIPENJARA 10 TAHUN, TIGA SEBATAN KERANA ROGOL SEORANG WANITA
Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Shah Iqmal, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
SHAH ALAM: Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Shah Iqmal, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Beliau berkata tertuduh merupakan seorang pendakwah agama dan penceramah motivasi yang memberikan impak besar kepada masyarakat justeru perbuatan yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa tidak dapat diterima akal yang munasabah.
“Mahkamah mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana mangsa mengumpulkan kekuatannya untuk tampil membuat laporan polis terhadap tertuduh dan perlu menghadiri proses perundangan yang panjang di mahkamah,” kata Norazlin yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Syed Shah Iqmal dituduh merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 Sept 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Dalam penghakimannya, Norazlin berkata mahkamah berpendapat bahawa pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian dan pemikiran semula meskipun disokong pernyataan awalnya kepada pihak polis.
Beliau berkata keterangan tertuduh juga tidak cukup untuk mematahkan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya telah berlaku.
“Tertuduh menafikan terdapat elemen paksaan terhadap mangsa, bermula ketika tertuduh mengajak mangsa keluar hingga ke saat hubungan seks dilakukan. Tertuduh turut menafikan terdapat ancaman kepada mangsa, sama ada semasa atau selepas kejadian dan dia juga menyatakan mangsa tidak cuba melarikan diri dan komunikasi mereka selepas itu adalah baik.
“Namun, pembelaan berhujah bahawa keterangan tertuduh itu tidak konklusif dan tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah kerana pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata,” kata hakim itu.
Menurut Norazlin, mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh adalah individu yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa mangsa ke rumahnya.
“Tertuduh mempunyai latar belakang sebagai seorang penceramah dan motivator terkenal, mempunyai satu kedudukan yang mulia dan dipercayai oleh mangsa. Pihak pendakwaan juga telah membuktikan mangsa adalah seorang yang lemah kerana mengalami kemurungan dan ini menyebabkan mangsa yang lurus bendul tidak boleh membuat keputusan serta tidak boleh melawan,” katanya.
Sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Syed Shah Iqmal, dia dilihat sebak dan menangis dalam kandang tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan jenayah rogol semakin berleluasa.
“Berdasarkan kedudukan (tertuduh) dan keterangan saksi-saksi, tertuduh ialah individu dikenali ramai dan seorang pendakwah yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh serta motivator kepada golongan muda yang seusia dengan tertuduh.
“Apabila karakter ini ditonjolkan kepada masyarakat ia dipandang tinggi, namun tertuduh menggunakan kedudukannya dan mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon supaya penangguhan pelaksanaan hukuman diberikan dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah kesalahan kali pertama.
“Anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 16 hari dan isterinya hadir ke mahkamah hari ini walapun masih berada dalam tempoh berpantang. Sekiranya, anak guam saya dimasukkan ke penjara, ia akan memusnahkan kehidupannya kerana isteri dan anaknya memerlukan tertuduh,” kata peguam itu.
Seramai 18 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberikan keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests