Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAGEDI SUNGAI KAYAN: MAYAT MANGSA TERAKHIR DIJUMPAI – BOMBA

DALAM NEGARA

TRAGEDI SUNGAI KAYAN: MAYAT MANGSA TERAKHIR DIJUMPAI – BOMBA

KUCHING: Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

KUCHING: Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Alasma Jithil,14, dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

 “Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya.

Beliau berkata dengan penemuan mayat ketiga itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamat.

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Selasa lepas, dalam kejadian 6.10 pagi  sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading