Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘SUARA ULAMA MERDEKA’ IMBAS SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM DI TANAH MELAYU

DALAM NEGARA

‘SUARA ULAMA MERDEKA’ IMBAS SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM DI TANAH MELAYU

KUALA LUMPUR: Keamanan dan kesejahteraan negara termasuk perkembangan Islam yang meluas di Malaysia adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam memastikan kebangkitan rakyat terutamanya selepas era penjajahan.

Di Tanah Melayu, agama Islam dipercayai telah mula tersebar sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka hasil usaha para pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Cina dan India yang ketika itu kebanyakannya datang untuk berdagang.

Namun pakar sejarah menjelaskan kedatangan pihak Barat di Tanah Melayu telah menyebabkan perkembangan Islam terganggu dan melambatkan proses Islamisasi.

Selain mahu menguasai ekonomi tempatan, penjajahan Barat di dunia Islam dipercayai untuk turut ingin melemah dan menguasai pemikiran masyarakat Islam.

Meski berdepan pelbagai cabaran, Islam di rantau Melayu berkembang terutama pada abad ke-18 hingga ke-20 melalui sistem pondok dan madrasah.

Sistem ini dikatakan berjaya melahirkan golongan intelektual Melayu Islam yang telah membantu pemikiran orang Melayu ke arah perjuangan Islam yang lebih syumul.

Selain fasa itu, terdapat beberapa fasa lagi gerakan Islam yang menyaksikan kemunculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu.

‘Suara Ulama Merdeka’, program istimewa yang diterbitkan TV AlHijrah akan menggali dan membincangkan lagi sejarah kebangkitan Islam di bumi bertuah, Malaysia.

Program itu juga akan mambawa perbincangan yang mendalam bersama pakar jemputan dan mengupas kisah daripada generasi yang merasai perjuangan untuk kemerdekaan dan mendalami peranan ulama.

Objektif utama ‘Suara Ulama Merdeka’ ialah untuk menghargai jasa pahlawan dan tokoh terdahulu serta mengajak penonton berfikir secara kritis tentang nilai-nilai kemerdekaan dalam konteks zaman sekarang.

Tonton Podcast Suara Ulama Merdeka bersama pengacara Khir Rahman , Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah , Ustaz Ahmad Azlan Raihan, Dr Azmi Ariffin dan ramai lagi bermula 26 Ogos ini setiap Isnin dan Selasa jam 9 malam di TV AlHijrah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading