Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata tiada sesiapa akan dipaksa keluar dari Gaza di bawah pelan gencatan senjatanya, sambil menambah bahawa perjanjian itu “telah dimuktamadkan dan selesai sepenuhnya”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata tiada sesiapa akan dipaksa keluar dari Gaza di bawah pelan gencatan senjatanya, sambil menambah bahawa perjanjian itu “telah dimuktamadkan dan selesai sepenuhnya”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Tiada sesiapa akan dipaksa keluar. Malah sebaliknya… Tidak, kami langsung tidak berhasrat untuk berbuat demikian,” kata Trump ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada rakyat Palestin akan dipaksa meninggalkan Gaza di bawah pelan gencatan senjata yang dicadangkan AS.
Trump berkata perjanjian gencatan senjata Gaza itu telah “dimuktamadkan dan selesai sepenuhnya” dan beliau merancang untuk melakukan lawatan ke Timur Tengah hujung minggu ini.
“Saya fikir ini akan menjadi sesuatu yang hebat. Saya percaya semua tawanan akan dibawa pulang pada Isnin atau Selasa. Saya mungkin berada di sana. Saya berharap untuk berada di sana. Kami merancang untuk berlepas pada Ahad dan saya amat menantikannya,” katanya kepada pemberita di Pejabat Oval.
Trump pada Rabu mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjatanya untuk Gaza.
Pada 29 Sept, beliau mengumumkan pelan gencatan senjata 20 perkara untuk Gaza yang merangkumi pembebasan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan kira-kira 2,000 tahanan Palestin, gencatan senjata kekal, dan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh wilayah itu.
Fasa kedua pelan itu menggesa penubuhan sebuah mekanisme pentadbiran baharu di Gaza tanpa penglibatan Hamas, pembentukan pasukan keselamatan yang terdiri daripada rakyat Palestin dan tentera dari negara-negara Arab dan Islam, serta pelucutan senjata Hamas.
Ia juga menetapkan pembiayaan oleh negara Arab dan Islam untuk pentadbiran baharu itu dan pembinaan semula wilayah berkenaan, dengan penglibatan terhad oleh Pihak Berkuasa Palestin.
Negara-negara Arab dan Islam telah menyambut baik pelan itu, namun beberapa pegawai berkata masih banyak butiran di dalamnya memerlukan perbincangan dan rundingan untuk dilaksanakan sepenuhnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager