BELANJAWAN 2026 BAKAL BUKA LEMBARAN BAHARU, PERKUKUH EKONOMI NEGARA – AHMAD ZAHID
Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata menerusi Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM11.96 bilion yang diterima kementerian sebelum ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan agenda Desa MADANI.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Kerajaan MADANI atas sokongan padu yang telah diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) melalui Belanjawan 2025.
“Setiap sen peruntukan itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif nyata yang memajukan komuniti desa, memperkukuh ekonomi rakyat dan menambah baik infrastruktur luar bandar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Ahmad Zahid berkata KKDW akan terus komited melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam memastikan setiap dasar dan program kerajaan memberikan manfaat langsung kepada rakyat di seluruh pelosok negara,” katanya.
Ahmad Zahid dalam masa sama mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2026.
“Didoakan agar Belanjawan 2026 terus membawa kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah,” katanya.
Anwar akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.
Belanjawan ini merupakan kali keempat dibentangkan oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager