Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TULAR DILARIKAN KERETA HITAM, KANAK-KANAK PEREMPUAN DITEMUKAN SELAMAT

DALAM NEGARA

TULAR DILARIKAN KERETA HITAM, KANAK-KANAK PEREMPUAN DITEMUKAN SELAMAT

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular dilaporkan hilang selepas dilarikan sebuah kereta berwarna hitam pada 11 April lepas ditemukan selamat tanpa kecederaan pada hari yang sama.

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular dilaporkan hilang selepas dilarikan sebuah kereta berwarna hitam pada 11 April lepas ditemukan selamat tanpa kecederaan pada hari yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata kanak-kanak berkenaan dijumpai semula lebih kurang satu jam setengah selepas hilang di kawasan rumahnya di Jeram, Kuala Selangor.

Beliau berkata tindakan mengesan kanak-kanak itu dijalankan selepas polis menerima laporan tentang kejadian pada hari yang sama, sebelum kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah pada musim perayaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Baru-baru ini tular menerusi media sosial seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun dilarikan kereta berwarna hitam ketika sedang bermain di hadapan rumahnya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading