Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMANDO TENTERA LAUT IRAN RAMPAS KAPAL WARGA ISRAEL DI SELAT HORMUZ

DUNIA

KOMANDO TENTERA LAUT IRAN RAMPAS KAPAL WARGA ISRAEL DI SELAT HORMUZ

Komando Tentera Laut Iran merampas sebuah kapal kontena milik seorang jutawan Israel.

Komando Tentera Laut Iran merampas sebuah kapal kontena milik seorang jutawan Israel. – Foto AP

ISTANBUL: Komando Tentera Laut Iran merampas sebuah kapal kontena milik seorang jutawan Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media Israel. 

Menurut Israel’s Channel 14 dan Times of Israel, kapal yang dirampas di Selat Hormuz ialah MSC Aries yang didaftarkan di Portugal dan dimiliki oleh Zodiac Maritime sebuah syarikat perkapalan dimiliki jutawan Israel Eyal Ofer. 

Bagaimanapun, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata dalam satu kenyataan bahawa sebuah kapal telah dirampas dalam kawasan itu tanpa memberikan sebarang butiran.

“Kapal itu dilaporkan disita oleh pihak berkuasa di rantau itu,” kata UKMTO sambil mengeluarkan amaran supaya “kapal dinasihatkan untuk singgah dengan hati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang menimbulkan kesangsian kepada UKMTO.” –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading