Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CUBA BUNUH ISTERI, LEPASKAN TEMBAKAN DI KLIA 1

DALAM NEGARA

LELAKI CUBA BUNUH ISTERI, LEPASKAN TEMBAKAN DI KLIA 1

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi, bagaimanapun keadaan terkawal dan selamat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi melibatkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

“Pihak polis telah kenal pasti identiti suspek dan lancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) utara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.

“Siasatan lanjut polis mendapati lelaki itu sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ dan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang individu mengakibatkan mangsa cedera parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya.

Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading