Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN M TEMUI PEGAWAI TERTINGGI KEMENTERIAN KEWANGAN, PAKEJ RANSANGAN EKONOMI AKAN DIUMUMKAN TIDAK LAMA LAGI

DALAM NEGARA

TUN M TEMUI PEGAWAI TERTINGGI KEMENTERIAN KEWANGAN, PAKEJ RANSANGAN EKONOMI AKAN DIUMUMKAN TIDAK LAMA LAGI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah selesai bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pakej ekonomi itu bertujuan merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan impak daripada penularan COVID-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Dalam twitter rasmi beliau, Dr Mahathir berkata inisiatif itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai pakej rangsangan itu atau tarikh pengumuman, yang pada mulanya dijadualkan esok, 27 Feb, 2020.

Pakej rangsangan itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan impak daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengumumkan bahawa wabak itu berkemungkinan boleh menjejaskan antara 0.1 dan 0.2 mata peratusan kadar pertumbuhan global tetapi ini mungkin disusuli dengan pemulihan pada tahap yang lebih pesat.

Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada sebarang perkembangan luaran, berikutan penularan virus itu dijangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading