UMAT ISLAM DISERU TERUS HULUR BANTUAN KEPADA RAKYAT PALESTIN – MOHD NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya yang ditindas rejim Israel.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya yang ditindas rejim Israel.
Beliau berkata rakyat Palestin telah mengharungi konflik dengan penuh kesengsaraan serta penderitaan dan memerlukan sokongan masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan.
“Marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar masyarakat di Palestin terus diberikan keafiatan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama beliau turut menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan gencatan senjata mesti menjadi batu loncatan ke arah matlamat menubuhkan negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan berdaya maju yang telah sekian lama tertangguh.
Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Azam Mohamed Adil berkata perjanjian gencatan senjata di Gaza hasil daripada tekanan antarabangsa itu diharap menjadi langkah awal menuju keamanan lebih stabil di rantau berkenaan.
Beliau berkata perjanjian itu mestilah mencerminkan nilai-nilai perdamaian dan keadilan yang holistik kepada rakyat Palestin di Gaza.
“IKIM menyambut baik dan menyokong penuh langkah gencatan senjata yang telah dipersetujui dalam usaha meredakan ketegangan dan penderitaan di Gaza. Langkah ini satu perkembangan positif ke arah penyelesaian konflik yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan dahsyat di wilayah berkenaan.
“IKIM memandang serius situasi kemanusiaan di Gaza dan menekankan bahawa usaha ini satu langkah penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan penduduk Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan kestabilan dan pembangunan semula Gaza dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Semoga langkah gencatan senjata ini menjadi asas kepada penyelesaian konflik yang lebih menyeluruh dan membawa keamanan berkekalan kepada seluruh rantau.
“IKIM kekal komited dalam menyuarakan keprihatinan terhadap isu-isu kemanusiaan dan terus mendukung usaha ke arah keamanan sejagat,” katanya.
Genjatan senjata berkenaan akan berlaku dengan tiga fasa dan setelah penjanjian gencatan ini termeterai, perkara pertama Israel perlu benarkan adalah dengan membina 60,000 rumah dan mendirikan 200,000 khemah dengan segera dalam tempoh 42 hari dan pintu sempadan perlu dibuka untuk memberi laluan bantuan makanan dan perubatan.
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan perantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked